Monday, January 31, 2011

Banjir

hyee peeps!! selamat tengah hari,,cuaca hari ni sangat baikan,,matahari da muncul baliklah setelah hujan beberapa hari yg lalu akhirnya matahari muncul kembalilah warghh sangat excited untuk merongeng kan,,huhu,,mesti korg da baca news hari nie kan berlakunya banjir di beberapa tempat,,sangat dasyat okay,,nak tau tak,,apew namo tau meh sini norule tarik tinge korg satu-satu hehe,,nak taknak korg kene gak dengar norule nak bebising nie,,korg nak tau tak 2 hari yg lepas hujan tak berenti turun kat kawaasn rembau nie, semalam jep angin tiup kuat sangat tau,, semalam jep banyak pokok tumbang garage rumah org tumbang kat rembau nie mcm kene serang puting beliung tau sangat seram,,dah tu semalaman tade letrik dok dalam gelap sangat kesian kan +___+,,korg baca tak berita pagi nie kat berita harian  Banjir landa lima negeri ragut 3 nyawa, 54,637 mangsa sudah dipindahkan .. sangat seramkan,,

musim-musim hujan nie korg elak-elakanlah melakukan aktiviti yang berkaitan dengan laut ker sungai ker sebab air naik sgt teruk okay,,kepada sesape yg plan nk g bercuti ke tanah tinggi ker g pantai ker asenye korg postpone r dulu sebab nye dengan cuaca mcm nie mmg sgt tak baik lah kan tok keselamatan korg jugakan..
 


KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah sejak kelmarin meragut tiga nyawa dengan 54,637 mangsa daripada 12,314 keluarga dipindahkan ke 368 pusat pemindahan sementara.
Dua mangsa yang mati di Johor, ditemui lemas selepas kenderaan yang mereka dinaiki dihanyutkan arus deras, masing-masing di Chaah, Labis dan Kampung Rahmat, dekat Kulaijaya, malam kelmarin.
Dalam kejadian di Labis, Rohani Ismail, 51, mati lemas apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu suaminya, Abdul Latif Isnin, 53, dihanyutkan arus deras sehingga ke kawasan kebun sawit sejauh 20 meter sebelum tersangkut pada pokok sawit ketika memperlahankan kereta di Kilometer 145 Jalan Labis-Johor Bahru kerana mengekori sebuah kenderaan lain.

Seorang lagi mangsa, Aw Yoke Lim, 53, lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihanyutkan air deras dan terhumban ke dalam sungai di Kampung Rahmat, di Kulaijaya.

Di Melaka pula, pengawal keselamatan, Yusri Mohd Yusof, 31, dari Kampung Chinchin menjadi korban pertama banjir di negeri itu. Mangsa ditemui lemas berhampiran pam loji air Sungai Chinchin kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, dipercayai selepas tergelincir ketika pulang dari tempat kerja dalam hujan lebat.

Sementara itu, Johor mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 44,055 penduduk daripada 10,028 keluarga, terutama dari daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru. Selain itu, bandar Segamat dan Mersing terputus hubungan darat apabila semua jalan dinaiki air sehingga 1.5 meter. 
Pegawai Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, Mejar Sulaiman Ngadimin, berkata sehingga petang semalam, 11,615 penduduk dari Kluang, 10,169 dari Segamat dan 8,260 dari sekitar Johor Bahru dan selebihnya dari kawasan lain dipindahkan ke sebanyak 243 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri ini dan makin bertambah.

Sabah pula mencatatkan 3,980 mangsa dipindahkan di empat daerah berikutan hujan lebat dengan Kota Marudu mencatat mangsa paling ramai, iaitu 2,175, diikuti Beluran (1,276), Sandakan (364) dan Pitas (75).

Tiga sungai di Kota Marudu yang mencatat peningkatan ke paras bahaya ialah Sungai Bongon setinggi 7.04 meter dan Sungai Batasan (6.53 meter) serta Sungai Bengkoka (4.8 meter).

Hujan lebat berterusan di Melaka pula menyebabkan beberapa kawasan rendah dilanda banjir mengakibatkan 2,432 penduduk dari sekurang-kurangnya 30 kampung dan taman perumahan di tiga daerah utama dipindahkan selepas dinaiki air hingga hampir paras dua meter. Kawasan paling teruk terjejas adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan Durian Tunggal.

Selain itu, seramai 2,232 penduduk membabitkan 496 keluarga di empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke sebanyak 26 pusat pemindahan sementara sejak tiga hari lalu. Kawasan terbabit ialah Tampin, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu, seramai 538 mangsa dari 133 keluarga di Pahang dipindahkan ke sebanyak 18 pusat pemindahan sementara selepas daerah Rompin, Raub, Bentong dan Maran dilanda banjir, sejak pagi semalam.

actually sandakan mengalami kejadian yang sangat teruk tau,,dari dulu lagi kalo hujan lebat mmg sandakan effect teruk sgt tau,,jum cekidot malapetaka yg berlaku kat sandakan negeri norule dok membesar selama 11 tahun nie,,gambar nie sume norule amek kat facebook kredit kat mereka sume,,

kejadian nie berlaku kat pasir putih,,korg rase lah kan kalo adew org dalam kereta tu adakah mereka akan selamat ohh tidakk +__+

yang nie pulak tanah runtuh kat jalan nak ke sekolah cheng min,,dari norule sekolah lg kawasan nie mesti adew tanah runtuh kalo nak g sekolah norule akan lalu sini sebabnye norule dulu sekolah kat st.michael..

tengok kereta un da tengelam sangat kesian kan,

p/s da tau musim hujan korg takyah dok mengatal nk g bercuti kat kawasan tanah tinggi ker pantai ker,,kalo korg tak sayang nyawa un sayanglah nyawa org lain,,

s e h i n g g a b e r j u m p a l a g i
LOT OLOVE

Photobucket

No comments:

Post a Comment